Monday, May 31, 2010

~DaMai YanG HiLaNg~


Arghh...puas sudaa ku memikirkan cerita utk dikongsi bersama...jari-jemari suda kepingin utk menari-nari di keyboard ni tapi pemikiran tdklah begitu memberansangkan...mgkin jiwa yg tdk tenang membantutkan lagi penulisan ku...ahhh..sememangnya jiwaku tdk tenang buat msa ini...sejak mdpt khabar berita pd tghari tadi,hatiku menjadi tidak tenang.."apa khabar saudara seislamku disana??adakah selamat 2 org saudara islam ku itu??"...diriku tertanya2...adakah ini petanda "dunia akhir zaman" dimana tiada lagi org2 yg mempunyai sifat2 kemanusiaan...apakah yang difikirkan oleh manusia2 ini...untuk apakah membunuh dan menyerang sekumpulan manusia yang sekadar ingin menghulurkan bantuan...untuk apakah membunuh manusia2 yg mempunyai misi dan berusaha kearah keamanan di tanah yang dahagakan kedamaian....UNTUK APAKAH??tiada siapa yang mampu menjawab persoalan2 ku ini...tiada siapa yang mampu menghalang manusia2 yang berhati syaitan ini melainkan doa2 umat islam sejagat...ingatlah,doa adalah senjata umat islam...ku memanjatkan doa kepada ALLAH swt...Ya ALLAH,selamatkan lah saudara2 seislam ku Ya ALLAH...kau selamatkan lah bumi palestin Ya ALLAH...kerana aku tidak sanggup melihat saudara2 seislamku dibunuh dan diseksa dgn kejam...AMIN...dan bila kekejaman2 ini berlaku,pasti lagu ini bermain2 dimindaku...hayatilah...dimana hilangnya kedamaian???....


Damai Yang Hilang


Tercalar pelangi dihiris gerimis
Senja pun merangkak menutup mentari
Terbias warnanya ke wajah

Lagu kedamaian tiada kedengaran
Bumi yang merekah disirami darah
Kemelut melanda tiada kesudahan
Kemusnahan bermaharajalela
Yang lemah menjadi mangsa

Anak-anak kecil mengongcangkan ibunya
Yang lemah longlai tak lagi bernyawa
Jeritan suara batinnya
Tak siapa mendengarnya

Tergadaikan maruah oleh janji-janji
Terbayarkah dengan nyawa dan darah
Soalan yang tiada jawapan

Kemanusiaan telah lama hilang
Kini yang tinggal hanya ketakutan
Musnah kasih sayang dan persaudaraan
Tandus akhlak dan keimanan
Menyemai persengketaan


*mntak ampun n maaf if k.ngah trkasar bhs

No comments:

Post a Comment